Sistem Isteri Bukan Robot
Khas untuk awak yang dah penat berfikir semua benda seorang diri — menu masakan, kain baju, anak-anak, kerja rumah, jadual sekolah, suami, emosi sendiri dan hal rumah yang tak pernah habis.
Bukan untuk suruh awak jadi isteri sempurna. Bukan juga untuk paksa diri jadi kuat lagi.
Ini sistem untuk bantu hidup awak rasa lebih terkawal, perlahan-lahan.
Full Set Digital — Akses Seumur Hidup.
Belum sempat duduk tenang, otak dah jalan laju.
Dan kemudian suami tanya, "Ada apa nak tolong?"
Dan awak cuma mampu terdetik dalam hati:
"Kenapa semua benda aku yang kena ingat?"
Saya faham, yang penat bukan badan sahaja. Yang paling berat ialah bila semua benda berserabut dan duduk dalam kepala awak seorang.
Pinggan dicuci, anak siap ke sekolah, rumah dikemas, isteri yang sedang marah-marah.
Walaupun badan dah baring atas katil, otak masih ligat fikir pasal baju tak berbasuh, bekal anak esok, dan bil.
Buat semua urusan rumah dari A sampai Z, tapi rasa macam tiada siapa nampak atau hargai penat lelah awak.
Sebab tulah kadang-kadang awak jadi cepat terasa. Cepat membebel. Cepat rasa kosong. Cepat rasa tak dihargai. Dan lepas marah, awak mula rasa bersalah pula.
Bukan sebab awak lemah. Tapi sebab terlalu banyak benda tak nampak sedang berserabut dalam kepala awak sekarang.
Selama ini, mungkin rumah berjalan macam ini:
Semua orang tunggu awak ingat.
Semua orang tunggu awak nampak.
Semua orang tunggu awak pesan.
Semua orang tunggu awak ulang.
Lama-lama awak rasa macam bukan isteri. Awak jadi manager rumah, PA keluarga, reminder bergerak, robot yang tak boleh rosak.
Awak manusia yang perlukan ruang, rehat, sokongan dan sistem.
Sistem digital self-paced untuk isteri yang penat hidup dalam survival mode. Bukan sekadar ebook motivasi, bukan nasihat "sabar je", bukan checklist semata-mata.
Awak tak perlu habiskan semua dalam satu malam. Awak tak perlu jadi rajin secara tiba-tiba.
Tak semua isteri perlu mula di tempat yang sama. Ada yang perlu reset emosi dulu, ada yang perlu susun sistem rumah, ada yang dah stabil tapi hubungan hambar.
Bermula dengan audit untuk nampak keadaan sebenar rumahtangga dan emosi awak sekarang.
Hasil audit akan tentukan sama ada awak perlu fokus pada Diri, Sistem, atau Cinta terlebih dahulu.
Awak tak perlu teka-teka lagi. Cuma ikut panduan dan mula langkah kecil mengikut fasa yang paling sesuai dengan keadaan awak sekarang.
Bantu awak faham burnout, kenal pattern emosi, kurangkan self-blame dan mula regulate diri dengan latihan kecil. Sesuai jika awak selalu rasa cepat meletup, kosong, menangis diam-diam, atau rasa bersalah bila rehat.
Bantu keluarkan mental load dari kepala dan jadikan tugas rumah lebih nampak. Di sinilah awak susun rutin, Menu Tugas Keluarga, dan delegasi yang jelas. Sesuai jika awak rasa: "Kalau aku tak ingatkan, memang tak jalan."
Fokus pada komunikasi, deep talk dan ruang reconnect selepas emosi dan sistem rumah lebih stabil. Sesuai jika awak rasa hubungan makin macam housemate, banyak bercakap hal logistik, jarang dari hati ke hati.
Masalah sebenar kita para isteri bukanlah sebab tak tahu buat kerja rumah. Masalahnya, terlalu banyak benda tak nampak tersimpan dalam kepala: Apa nak masak, apa nak beli, baju mana belum basuh, dan tugas mana yang suami tak perasan.
Kepala penuh dengan senarai tugas, jadual dan masalah yang berserabut tanpa henti.
Checklist, menu tugas, workbook, rutin kecil, dan soalan deep talk yang tersusun & jelas.
Bila benda yang selama ini tersembunyi mula jadi nampak, barulah ia mudah disusun. Dan bila rumah mula ada sistem, barulah kepala awak mula rasa ringan.
Cukup mula dengan langkah kecil. Dalam minggu pertama, awak akan mula:
Kenal pasti kenapa kepala selalu penuh (Brain dump)
Jawab audit untuk tahu fasa kritikal awak sekarang
Mula nampak beban "mental load" yang selama ini awak tanggung
Keluarkan mental load ke tempat yang lebih jelas
Susun satu rutin kecil yang lebih realistik untuk diri sendiri
Kadang-kadang rasa lega pertama bukan datang sebab semua masalah selesai. Rasa lega datang bila awak akhirnya boleh kata:
"Oh… patutlah aku penat. Banyak rupanya benda yang aku tanggung."
Sistem lengkap ini mengandungi:
Panduan untuk faham mental load, burnout, emosi isteri, sistem rumah dan hubungan yang hambar.
Bantu awak tahu fasa mana patut mula dahulu. Tak perlu teka, jawab dan ikut laluan yang sesuai.
Sangat mudah, cuma perlu 'tick-tick' sahaja. Setiap fasa ada 4 workbook (1 workbook untuk 1 minggu). Bukan latihan yang serabut atau membebankan.
Template untuk bantu kerja rumah jadi lebih nampak dan mudah diagihkan tanpa perlu berulang kali menyuruh.
Bantu urus tekanan kewangan rumah dengan lebih tenang bersama pasangan.
Untuk isteri yang terbeban dengan tekanan mertua, ipar dan expectation keluarga luar.
Bantu buka semula perbualan dari hati ke hati secara lembut, bukan tunggu gaduh baru nak luah.
Awak tak perlu pilih pakej. Awak tak perlu teka mana yang cukup.
Bukan sekadar baca, tapi sistem praktikal untuk bantu awak mula susun emosi, rumah dan hubungan.
Nilai Keseluruhan: RM364
Potongan harga istimewa. Akses digital serta-merta.
Potongan Harga Istimewa — Boleh Mula Hari Ini
Harga diskaun ini dikekalkan untuk fasa pengenalan. Sesuai untuk awak yang nak mula sekarang tanpa perlu tunggu "nanti bila ada masa". Awak tak perlu tunggu sampai betul-betul burnout baru mula susun.
Ini bukan kelas sekali tengok. Ini bukan nasihat yang habis selepas dibaca. Awak boleh guna semula bila emosi rasa penuh, bila rumah mula serabut balik, atau bila hubungan rasa jauh.
"Sebab hidup rumah tangga memang ada musimnya. Ada musim penat, musim anak kecil, musim kerja banyak. Sistem ini jadi tempat awak kembali semula bila rasa hidup mula berserabut."
Sempat. Sistem ini memang direka khas untuk isteri busy macam kita. Bukan kelas 2 jam sehari. Bukan sistem yang buat awak rasa gagal kalau tertinggal satu hari.
Awak cuma perlukan sekitar 10–20 minit sehari. Boleh buat selepas anak tidur, sikit-sikit bila lapang. Yang penting bukan laju, yang penting kita mula keluarkan beban dari kepala.
Boleh. Sistem ini tak bermula dengan memaksa suami berubah. Sistem ini bermula dengan apa yang awak boleh kawal dahulu: emosi awak, bahasa yang awak guna, dan cara tugas dijelaskan.
Bila tugas jadi lebih nampak, permintaan jadi lebih jelas, dan emosi awak lebih stabil, percayalah ruang untuk berbincang bersama akan jadi lebih mudah dibuka.
"Semalam try ikut step dalam ebook, suami terus angkat plastik sampah buang"
"Rasa macam bercinta balik pulak."
"Tadi sepahkan mainan, i boleh senyum je suruh dia kemas"
"Ajaibnya, anak2 ikut je jadual tu, takperlu jerit dah"
Saya bina Sistem Isteri Bukan Robot ni sebab saya pernah berada di tempat awak. Saya pernah jadi isteri yang nampak semua benda, fikir semua benda, urus semua benda dalam rumah tu.
Tapi bila saya penat dan mula merungut, orang kata saya cuma terlalu beremosi. "Orang lain pun ada anak juga, rileks je." Ayat tu buat saya rasa makin sunyi. Lama-lama saya rasa diri saya makin hilang.
Saya tahu awak tak minta dilayan macam permaisuri. Awak cuma nak 'mental load' tu dikongsi. Saya wujudkan sistem ni bukan untuk suruh awak jadi isteri sempurna, atau nak salahkan mana-mana pihak.
Saya cuma nak beri awak satu sistem yang jelas, supaya rumah awak lebih teratur dan awak ada ruang untuk bernafas semula tanpa rasa bersalah.
"Sebab awak bukan robot. Awak manusia biasa. Dan setiap manusia perlukan rehat, sokongan dan sistem."
Buat audit. Ikut workbook. Cuba latihan yang diberi. Kalau selepas itu awak rasa sistem ini langsung tak membantu, hubungi kami dan tunjukkan bukti latihan yang awak dah buat.
Kami akan bantu proses refund mengikut syarat jaminan. Sebab kami mahu awak beli sebab awak nampak ini satu sistem yang boleh bantu awak mula keluar dari survival mode.
*Selepas selesai buat audit & workbook penuh.
*Kalau situasi awak berat dan melibatkan keselamatan, sila dapatkan bantuan profesional atau pihak berkuasa yang sesuai.
Awak tak perlu terus ubah seluruh hidup hari ini. Cukup mula dengan satu langkah kecil: Keluarkan beban dari kepala, susun apa yang berserabut, dan beri diri awak ruang untuk bernafas dengan lebih ringan.